Saturday, 24 May 2014

Aperture (Diafragma) dan Shutter Speed


                                                            







Aperture (Diafragma) menentukan 
seberapa banyak intensiti cahaya yang dibolehkan untuk masuk ke kamera, sementara shutter menentukan seberapa lama cahaya mengenai sensor sebelum gambar diambil. Dalam fotografi, terdapat istilah f-stop, di mana ianya menentukan seberapa banyak penambahan atau pengurangan intensiti cahaya yang memasuki kamera (Exposure value/Ev). Setiap 1-stop ertinya kita menambah cahaya dua kali ganda dari nilai stop sebelumnya, atau mengurangi cahaya setengah dari nilai stop sebelumnya.                 






Penetapan Bukaan Aperture (Diafragma)
Untuk menetapkan tahap intensiti cahaya yang boleh masuk melalui lensa, diafragma pada lensa kamera mampu membuka dengan diameter yang boleh diubah-ubah. Besar atau kecil bukaan diafragma dinyatakan dalam f-number tertentu, dimana f-number kecil menyatakan bukaaan yang besar manakala f-number yang besar menyatakan bukaan kecil. Selain itu, ciri optik lensa turut membolehkan bukaan besar dilakukan yang akan membuat foto yang DOFnya sempit (background oleh menjadi blur), dan bukaan kecil akan membuat DOF lebar (background menjadi tajam).
                                     
Untuk menetapkan nilai diafragma (aperture), perlu diingat bahawa setiap stop ditandai dengan nilai f-number tertentu yang digambarkan seperti yang dinyatakan di bawah, bermula daripada urutan nombor yang besar hingga kecil :
f/1  f/1.4  f/2 - f/2.8  f/4  f/5.6  f/8  f/11- f/16  f/22  f/32 dst  

Sebagai contoh :
  • jika kita berpindah 1-stop dari f/2 ke f/2.8, ia bermakna kita akan mengurangkan intensiti cahaya yang masuk ke kamera
  • jika kita berpindah 1-stop dari f/8 ke f/5.6, maka ia bermakna kita akan menambah intensiti cahaya yang masuk ke kamera dua kali ganda dari sebelumnya
Kamera moden umumnya memberi kebebasan untuk merubah diafragma pada skala yang lebih kecil, dalam hal ini perubahan f-stop dilakukan pada kadar 1/2 hingga 1/3 f-stop sehingga boleh menghasilkan banyak variasi eksposur daripada penetapan nilai diafragma. Sebagai contoh, diantara f/5.6 hingga f/8 boleh terdapat f/6.3 dan f/7.1 yang memiliki bukaan 1/3 stop.
       
Penetapan Kecepatan Shutter
Sepertimana Aperture (diafragma), kecepatan shutter juga mempunyai urutan angka yang mewakili 1-stop. Berikut dinyatakan variasi kecepatan shutter dengan kadar 1-stop, urutan dari yang paling lambat hingga yang paling cepat ( d mewakili saat ) :
1d – 1/2d 1/4d  – 1/8d – 1/15d 1/30d – 1/60d – 1/125d – 1/250d – 1/500d –1/1000d
                                 
Sebagai contoh :
  • jika kita berpindah 1-stop dari 1 saat ke 1/2 saat, maka kita akan mengurangkan setengah intensiti cahaya yang masuk ke kamera
  • jika kita berpindah 1-stop dari 1/60 saat ke 1/30 saat, maka kita akan menambah intensiti cahaya yang masuk ke kamera dua kali ganda dari sebelumnya
Percubaan di bawah ini menunjukkan hasil gambar yang diperolehi dari variasi kecepatan shutter, dengan ditunjukkan contoh gambar pada 1/125 saat (nilai diafragma ditetapkan di f/5.6 dan ISO 125). Tujuannya adalah untuk melihat kesan daripada mengubah kecepatan shutter terhadap eksposur gambar yang dihasilkan. Terdapat 3 gambar  overexposure dengan kadar 1-stop dan 3 gambar under exposure dengan kadar 1-stop.
        contoh-variasi-shutter
Dari gambar di atas, dapat disimpulkan bahawa semakin cepat shutter speednya, maka cahaya yang masuk ke dalam sensor akan semakin kecil sehingga gambar menjadi lebih gelap. Begitu juga sebaliknya untuk kecepatan yang semakin lambat, cahaya yang masuk akan bertambah banyak sehingga gambar menjadi lebih terang.

No comments:

Post a Comment