Saturday, 24 May 2014

Sejarah dan Perkembangan Fotografi

Sejarah Perkembangan Kamera



Kamera pertama yang berjaya dihasilkan ialah kamera Obscura, dan ia merupakan kamera pertama yang berfungsi dan mampu menangkap dan menghasilkan gambar. Namanya disebut sebagai Obscura yang diambil dari bahasa latin yang bermaksud ruang gelap. Kamera Obscura merupakan kamera yang diperbuat dalam bentuk kotak dan dapat memantulkan cahaya melalui penggunaan dua buah lensa konveks, kemudian gambar yang di tangkap akan terakam pada sehelai kertas atau filem dan filem tersebut berada pada pusat focus dari lensa tersebut. Kamera Obscura terhasil dari kajian pengkaji muslim yang bernama Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham dan kajianya di tulis di dalam bukunya yang berjudul “Books of Optics”(1015-1021).





Sementara itu, pada tahun 1660-an pengkaji yang berasal dari barat iaitu Robert Boyle dan pembantunya yang bernama Robert Hooke menemukan portable kamera obscura. Namun kamera pertama yang praktikal dan berbentuk kecil telah di hasilkan olah Johann Zahn dan penemuan ini berlaku pada tahun 1685. Kamera pada awalnya banyak menerapkan prinsip model Zhann di mana ianya perlu menggunakan slide tambahan yang di gunakan untuk memfokuskan objek yang ingin dirakam. Cara penggunaan sistem tersebut adalah dengan menambahkan sebuah plat sensitive di hadapan lensa kamera yang digunakan sebelum melakukan pengambilan gambar.





Perkembangan kamera terus berlanjutan, dan Jacques Daguerre merupakan salah seorang yang berperanan dalam perkembangan teknologi kamera. Daguerre di lahirkan pada tahun 1787 di Cormeilles di Perancis Utara. Semasa masih muda, beliau merupakan seorang seniman. Apabila berumur 30-an, beliau mendapat satu idea apabila beliau mempamerkan hasil lukisan pemandanganya dengan bantuan kesan cahaya. Beliau berasa tertarik apabila melihat perkembangan satu mekanisma yang menyebabkan beliau ingin menghasilkan lagi satu lukisan yang sama tanpa perlu melukis dan mewarnakan semula. Erti kata lainya beliau ingin lukisan dibuat secara outomatik sahaja. Beliau merasakan ini mungkin terjadi dengan bantuan kamera.



Pada tahun 1827, Daguerre bertemu dengan Joseph Nicephore 

Niepce yang juga sedang mencuba untuk menghasilkan kamera 

dan mereka berdua bekerjasama dalam membuat kajian mengenai kamera. Namun pada tahun 1833 Niepse meninggal dunia. Daguerre tetap melanjutkan kajianya dalam pembuatan kamera. Pada tahun 1837, Daguerre berhasil menghasilkan sebuah sistem praktikal fotografi yang dikenali sebagai “Daguerreotype”. Pada tahun 1839 Daguerre mengumumkan secara terbuka kepada orang ramai tentang kejayaanya dalam kajianya mengembangkan teknologi kamera. Beliau menjadi terkenal diwaktu itu dan hasil kajiannya dengan cepat berkembang dan banyak digunakan oleh khalayak. Pada tahun 1851 ditempat asal kelahirannya Daguerre meninggal dunia.



Tahun 1900 seorang jurugambar telah mencipta kamera Mammoth. Kamera ini  amat besar ukurannya dimana beratnya 1,400 pound. Lensa seberat 500 pound. Sewaktu mengubah atau   memindahkannya tenaga manusia seramai 15 orang diperlukan.   Kamera ini menggunakan filem sebesar 4 ½ x 8 kaki dengan bahan kimia sebanyak 10 gallons digunakan ketika memprosesnya. 



Obscura telah diubahsuai sehinggalah tercipta kamera Kodak oleh George Eastmen pada tahun 1888. yang lebih kecil. Pada zaman ini wujud kamera lebih kecil dan yang terkini ialah kamera digital. 


Di awal kewujudan kamera digital tidak ramai menggemarinya terutama kalangan profesional. Ini kerana kamera digital generasi awal sekitar hujung tahun 1980an, masih menggunakan  ciri-ciri kamera kompak. Kamera digital waktu itu kecil, ringan dan kemampuan imej tidak memenuhi kehendak profesional. Namun begitu sekitar awal 2000 kamera digital direka dengan mengambil kira selera profesional. Akhirnya kita telah memperolehi kamera digital dalam format SLR (Single Lens Reflex).



                                


Selepas kemunculan pelbagai kamera yang merentasi dunia teknologi, muncul lagi sebuah kamera yang seakan kamera SLR. Kamera yang mempunyai pelbagai fungsi dan kebolehan ini di beri nama DSLR. Tanpa menggunakan filem dan penggunaan tidak terhad.


Awal Mula Fotografi

Hasil fotografi pertama diciptakan pada tahun 1822 oleh seorang penemu yang berasal dari Perancis, Nicéphore Niépce, dengan teknik Heliografi. Teknik heliographi menggunakan bitumen sebagai pelapis diatas kaca atau besi yang mengeras bila terkena cahaya, lalu kaca/besi tersebut dicuci dengan minyak atau lavender dan bekas cairan yang mengeras akan menghasilkan gambar. Objek yang sering diambil olehnya adalah gambar-gambar pemandangan.

Salah satu foto heliografi ciptaan Niépce pada tahun 1826

Pada tahun 1839, proses pencetakan foto menggunakan negatif dijumpai oleh William Henry fox Tablot, berasal daril Britain. Pada tahun yang sama, negatif kaca pun ditemukan  oleh John Herschel dengan menggunakan teknik sodium thiosulfate atau disebut juga sebagai fixer. Pada tahun 1851, William Henry fox Tablot menjumpai teknik untuk mencetak banyak foto menggunakan mesin pencetak dengan memecahkan gambar menjadi titik-titik kecil.

Pada tahun 1854, kamera dengan 8 lensa ditemukan oleh André-Adolphe-Eugène Disdéri, seorang fotografer dari Perancis. Kamera ini mampu menghasilkan 8 gambar dalam sebuah foto, setelah gambar tersebut dicetak diatas kertas album, gambar-gambar tersebut harus dipotong-potong dan menjadi seukuran kad, teknik tersebutlah yang menginspirasikan nama visiting card.

salah satu foto dengan kamera 8 lensa

Fotografi Berwarna

foto berwarna pertama oleh Maxwell, 1861

Foto berwarna pertama dibuat pada tahun 1861 oleh James Clark Maxwell. ada pula kaedah lain untuk menghasilkan foto berwarna, iaitu subtractive color photography(pencampuran warna-warna spektrum dasar – Kuning, Magenta dan Cyan – untuk menghasilkan warna yang sesuai) yang dipatenkan oleh Louis Arthur Ducos du Hauron pada 1868

foto berwarna yang dibuat oleh Louis Arthur Ducos du Hauron paad tahun 1877

Seterusnya sampai sekarang

Filem untuk foto akhirnya ditemui, awalnya terbuat dari emulsi gelatin yang dijumpai oleh Richard Maddox pada tahun 1871, sensometri – sebutan untuk kepekaan emulsi fotografis – dievaluasi secara sistematis oleh F. Hurter & V. C. Driffield pada tahun 1876. pada tahun 1887 film seluloid yang pertama diperkenalkan. 

Sebuah foto high-speed pertama dibuat pada tahun 1878 oleh Eadweard Muybridge. Foto tersebut adalah seekor kuda yang berlari, dibuat dengan system trip-wyre.

foto high-speed yang dibuat oleh Eadweard Muybridge

Kamera pertama yang mudah digunakan dan dibawa kemana-mana dipasarkan oleh Kodak pada tahun 1888. Produk yang ditawarkan KODAK adalah sebuah kamera kecil berukuran box yang menyimpan roll film. Produk ini adalah hasil penelitian George Eastman yang telah meneliti sejak 1877. bahan kimia yang digunakan pada roll film tersebut adalah perak bominda. Kamera ini banyak diminati karena sangat mudah digunakan dan praktis. KODAK pun terus mengembangkan produk-produk kamera mudah dipakainya seiring berkembangnya teknologi dan zaman.

Pada masa kini seiring masuknya era digital, teknologi fotografi pun sudah sangat berkembang. Sekarang sudah banyak orang yang dengan mudahnya boleh menghasilkan foto dengan kamera digital atau kamera handphone. Kamera analog pun masih digunakan namun tidak sekerap kamera digital. 

Orang ramai beralih kepada kamera digital kerana ianya lebih praktis dan mudah digunakan, selain itu proses pencetakkannya lebih cepat dan kualiti gambar yang dihasilkan sangat optimal.

contoh foto hasil kamera digital

No comments:

Post a Comment